Assalamualaikum semua kawan kawan ku hihi :) okay for this post I won't use 'gua' haha I'll use 'aku' okay. Okay people, aku nak luahkan segala galanya haha segala cerita sedih gembira pahit manis masam masin punya memories. Hmm. Setiap orang mempunyai cerita tersendiri. Yang sukar digambarkan dan diceritakan. Kadang kala mereka akan berasa selesa untuk kongsikan cerita mereka kepada orang lain kerana mereka kadang kadang tidak sanggup untuk go through sorang sorang. Jadi kat sini aku nak kongsikan cerita pahit manis duka semua lah. Enjoy reading. Heheh.
Chapter 1.
KISAH SEDIH/MENANGIS/PEDIH/SAKIT
On 18th October 2013, Friday... Aku telah mendapat berita sedih sangat sangat sangat. Tyme tu pukul 1 petang. Semua Aspuri-an kena gather kat surau sebab ada kuliah Jumaat. Haaa then at that time I lose my appetite. Tasha semua ajak makan tapi aku taknak. Malas. Tapi bila dipujuk punya pujuk punya pujuk dengan diorang, aku pun pergi lah. Then aku perasan jugak tyme makan aku diam je taksembang dengan diorang. Aku makan sekali dengan Anis 'Alya, Fary dengan Tasha. Memang kiteorang 4 orang lah. Hm. Jap.
![]() | ||
| From left : Anis 'Alya, Fary and Tasha |
So, diorang tiga orang ni lah :) But then kiteorang pergi cafe. Tyme tu perempuan je semua sebab lelaki takbalik solat Jumaat lagi. Lepas beli air semua jalan lah nak balik dorm. Tyme tu pukul 2:30pm. Tiba tiba aku dengar pengumuman "Perhatian kepada pelajar yang bernama Siti Nur Athirah binti Hazman dari kelas 502, sila datang ke pejabat dengan segera" Aku terkejut jugak lah. Nama aku tu. Pastu ada *ulangan* then Tasha cakap "Weh, bukan nama kau ke?" Aku angguk jelah tyme tu aku taksyak apa apa pun tapi heartbeats fast jugak la. Hmm cuak la jugak. Pastu Tasha cakap, "Kau nak pergi sorang ke nak kiteorang teman?" Aku pun suruh la diorang teman. Then otw pergi pejabat rasa semacam ja tapi aku diam buat bodoh.
Then dah sampai tu pejabat tutup tapi aku masuk jelah kat dalam. Then aku macam orang bodoh tanya, "Kenapa?" Pastu aku nampak ada sorang kakak ni datang kat aku tanya, "Ni Siti Nur Athirah ke?" "Ya, kenapa?" tyme tu semua kerani pandang je hmm. Pastu kakak tu cakap, "Em okay adik, kami ada berita sedih nak bagitahu. Hm harap adik bersabar lah ye?" Aku angguk. Em tyme tu aku dah dapat syak maybe ada orang meninggal. Aku ingat tok aku sebab aku tahu dia sakit, ada kat hospital. Aku okay jelah. Pastu kakak tu cakap, "Tadi mak awak call, cakap abang awak meninggal sebab accident motor kat Kedah" Aku terkejut gila. Terkejut sangat sangat. "Betul ke ni?" aku cakap dalam hati.
Susah nak percaya. Pastu kakak tu suruh aku call bapak aku. Aku lost tyme tu. A'a, Fary dengan Tasha pun dah tahu. Diorang datang peluk aku semua. Aku call bapak aku, bapak aku angkat nangis nangis kat aku mintak maaf bagai. Okay start dari situ aku dah start nangis. Aku dah mula sedar tyme tu bukan mimpi. It's REALITY! Susah nak terima. Then bapak aku suruh aku call mak aku tapi aku taksanggup. So aku biar je. Aku taktahu nak buat apa tyme tu sebab takde siapa inform aku pasal benda ni even my cousins, aunties semua. Tyme tu dah pukul 3. Aku balik SP naik teksi dulu from Parit then sampai Ipoh, boss bapak aku from KL datang ambik aku. Diam je dalam kereta. Crying.
Sampai rumah pukul 6.50pm. Nak dekat Maghrib. Masuk masuk rumah je aku disambut oleh Mak Lang aku. Masa masuk rumah terus dah nampak jenazah arwah abang aku atas katil. Aku taktahu nak cakap apa, taktahu nak buat apa. Mak Lang aku pegang je aku. Then I start crying. Aku tengok je muka arwah abang aku tu. Sebab macam takpercaya, sumpah aku cakap. Tapi memang itu dia. Tyme tu semua cousins aku ada, ramai yang datang. Aku still takprecaya benda ni. Aku taktahu macam mana nak hidup tanpa dia nanti. Last aku jumpa arwah abang aku masa aku nak balik maktab balik, tyme tu dah habis cuti Raya Haji. Itu yang last, lepastu tup tup tahu dia dah meninggal. Aku memang selalu gaduh, main dengan dia. Kiteorang rapat. Sebab memang kiteorang dua beradik je. Sekarang tinggal aku sorang. Dengan siapa aku nak main? Dengan siapa aku nak gaduh? :'(
Memang banyak perubahan dia, aku perasan lepas dia meninggal. Sekarang bila tengok bilik dia or barang barang dia rasa sebak sangat. Aku nangis diam diam dalam bilik. Taktunjuk kat parents aku. Taknak diorang tahu. 18 tahun dia hidup, umur takpanjang. Aku menyesal sebab pernah gaduh, maki dia semua. Taksempat nak mintak maaf :'( sedih sangat. Kalau tak dia lah selalu tangkap gambar aku semua. Tyme tu lagi 19 hari nak SPM. Aku takfikir apa pun pasal SPM. Trying my best to move on and look forward. Susah jugak mula mula, hari hari nangis je. Then balik maktab, kawan kawan la yang cherish my day in Parit. Thanks sangat sangat ya. So moral of the story : "It's really hard to lost someone that you really love. If they can come back then you're lucky. But if they don't? You'll regret. So, please appreciate and love people that always be around you while they still can breathe." Thanks for reading ♥
p/s : ini cerita sedih sahaja. Akan datang aku post next chapter.


